Hadis Sahih Muslim No. 0668 Jilid 2 Topik adalah Solat 668. Dari ibnu Abbas r.a., katanya: Dalam suatu perjalanan yang dilakukan Rasulullah saw. dalam peperangan Tabuk, Rasulullah saw. menjama' solat-solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Kata Sa'id, dia pernah menanyakan hal itu kepada Ibnu 'Abbas, apa sebab Nabi saw. melakukan demikian. Jawab Ibnu 'Abbas, "Beliau ingin untuk tidak menyulitkan umatnya." |