Hadis Sahih Bukhari No. 0664 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 664. Dari Sahl r.a. katanya: "Seorang wanita datang kepada Nabi saw. membawa burdah yang disulam dan berpita. Kemudian Sahl bertanya. "Tahukah kamu "burdah"?" Jawab mereka, "Baju lapang yang menyelubungi seluruh badan." Kata Sahl. "Ya, betul." "Kata wanita itu", ujar Sahl meneruskan, "Kain ini tenunan saya sendiri, saya bawa untuk Tuan semoga Tuan berkenan memakainya." Kain itu diterima oleh Nabi saw., kerana ketika itu beliau memang memerlukannya. Sesudah itu Nabi saw. datang kepada kami berpakaian kain itu. Seseorang yang memujinya bagus dan berkata, "Berkenankah Tuan memberikannya kepadaku? Alangkah bagusnya pakaian itu!" Orang banyak berkata, "Permintaanmu itu tidak patut! Beliau saw. memerlukan pakaian itu, tetapi engkau memintanya pula. Padahal engkau tahu, beliau tidak pernah menolak setiap permintaan orang." Demi Allah! Pakaian itu saya minta bukan untuk saya pakai sekarang, tapi untuk kapan saya nanti." Kata Sahl, "Memang, pakaian itu akhirnya jadi kapan orang itu." |