Hadis Sahih Bukhari No. 0663 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 663. Dari Khabbab r.a., katanya: "Kami hijrah beserta Nabi saw. semata-mata kerana Allah swt., kerana itu pahala untuk kami telah tersedia di sisi Allah. Di antara kami ada yang telah meninggal dunia, tetapi belum menerima upahnya, iaitu seperti Musaab bin 'Umair. Tetapi di antaranya ada pula yang telah memetik buah yang ditanamnya, iaitu orang-orang yang terbunuh (syahid) dalam peperangan Uhud. Waktu itu tidak ada untuk kapannya selain hanya sehelai kain. Apabila kami tutup kepalanya terbuka kakinya dan apabila kami tutup kakinya terbuka kepalanya. Lalu Nabi saw. memerintahkan supaya menutup kepalanya, sedangkan kakinya kami tutup dengan daun izkhir." |