Hadis Sahih Bukhari No. 0660 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 660. Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: "Ada seorang laki-laki ketika wuquf (berhenti) di Arafah, dia terjatuh dari kenderaannya yang menyebabkan dia meninggal dunia. Nabi saw. bersabda: "Mandikanlah dia dengan air dicampur sidr dan kapani dia dengan dua helai kain. Jangan diberi harum-haruman dan jangan pula ditutup kepalanya, kerana dia akan dibangkit pada hari kiamat dalam keadaan talbiyah (memuji Allah)." |