Hadis Sahih Muslim No. 0659 Jilid 2 Topik adalah Solat 659. Dari Sa'id bin Yasar r.a., katanya: "Aku berjalan bersama-sama Ibnu 'Umar dalam suatu perjalanan ke Mekah Ketika hari hampir Subuh, aku turun dari kenderaan ku lalu aku solat witir. Sesudah itu ku susul dia. Ibnu 'Umar bertanya kepada ku, "Ke mana saja anda?" Jawab ku, "Hari hampir Subuh, kerana itu aku turun lalu solat witir." Kata 'Abdullah, "Bukankah Rasulullah itu ikutan anda?" Jawab ku, "Ya, betul!" Katanya, Rasulullah saw. solat witir di atas unta." |