Hadis Sahih Bukhari No. 0654 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 654. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ada seseorang meninggal, yang Rasulullah saw. pernah mengunjunginya waktu dia sakit. Dia meninggal malam hari, dikuburkan malam itu juga. Tatkala hari telah Subuh, mereka (para sahabat) mengkhabarkannya kepada Rasulullah saw. Rasulullah bertanya, "Mengapa tidak diberitahukan kepada ku (sebelum ini?)" Jawab mereka, "Kami tidak suka memberitahukannya, kerana hari sudah malam dan gelap. Kami khuatir akan menyulitkan Tuan." Lalu beliau pergi ke kuburnya dan sesudah itu beliau solat (ghaib) atas orang yang meninggal itu." |