Hadis Sahih Muslim No. 0652 Jilid 2 Topik adalah Solat 652. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat di Mina dua rakaat. Begitu pula Abu Bakar sepeninggal beliau, 'Umar sepeninggal Abu Bakar, dan 'Usman pada permulaan pemerintahannya. Kemudian 'Usman solat empat rakaat. Pada waktu pemerintah 'Usman itu, apabila Ibnu 'Umar solat mengikuti Imam, dia solat empat rakaat, dan apabila dia solat sendirian, dia solat dua rakaat. |