Hadis Sahih Bukhari No. 0651 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 651. Dari Jabir r.a., katanya: Ketika Bapa saya meninggal, saya tutup mukanya dengan kain, lalu saya menangis. Orang banyak melarang saya menangis, sedangkan Rasulullah tidak melarang. Fatimah (saudara bapa saya) juga turut menangis. Sementara itu Rasulullah saw. bersabda: "Biarpun kamu menangis atau tidak, namun malaikat sentiasa melindunginya dengan sayapnya sampai kamu membawanya ke kubur." |