Hadis Sahih Bukhari No. 0650 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 650. Kharijah bin Zaid bin Tsabit bercerita, bahawasanya Ummul 'Ala, seorang wanita Anabar yang pernah baiah dengan Nabi saw. menceritakan kepadanya, bahawa orang Muhajirin mengadakan undian, kebetulan jatuh pada kami Usman bin Mazaun, lalu kami beri tempat di rumah kami. Tidak lama kemudian Usman sakit, dan menyebabkan dia meninggal dunia. Mayatnya kami mandikan dan kami kapani, setelah itu Rasulullah pun tiba. Kata ku, "Semoga rahmat Allah tercurah kepada mu hai, Bapa Saib (Usman). Aku menjadi saksi bagi mu, sesungguhnya Allah memuliakanmu." Nabi saw. bertanya: "Bagaimana engkau tahu bahawa Al1ah telah memuliakannya?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Biarlah Bapa ku jadi tebusanmu. Siapakah kiranya yang dimuliakan Allah?" Jawab Nabi saw., "Dia telah mati. Demi Allah, aku hanya mengharapkan, semoga dia mendapat kebaikan. Demi Allah, biarpun aku seorang Rasul Allah, namun aku tidak tahu apa yang akan diperbuat terhadap ku. " Kata Ummul Aala, "Demi Allah! Sesudah itu saya tak pernah lagi menyatakan seseorang itu soleh." |