Hadis Sahih Bukhari No. 0649 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 649. Dari Al Barra' r.a., katanya: "Nabi saw. memerintahkan kami dengan tujuh macam perintah, dan melarang kami dengan tujuh macam larangan. Beliau memerintah kami: 1. mengiringkan jenazah, 2. mengunjungi orang sakit, 3. memenuhi undangan, 4. menolong orang yang teraniaya, 5. membaikkan sumpah, 6. menjawab salam, dan 7. mendoakan orang yang bersin, Beliau melarang kami memakai bejana perak, memakai cincin emas dan memakai berbagai macam sutera. |