Hadis Sahih Muslim No. 0647 Jilid 2 Topik adalah Solat 647. Dari Ya'la bin Umayyah r.a., bahawasanya dia pernah bertanya kepada 'Umar bin Khaththab r.a., katanya: "Bagaimana pendapat anda tentang ayat : "La i 'aillikum an taqshuru minash solati in khiftum an yaftinakumul llidzina kafaru "(AnNisa: 101) bukankah sekarang telah aman?" Jawab 'Umar, "Aku juga pernah memikirkan apa yang engkau pertanyakan itu. Lalu ku tanyakan langsung kepada Rasulullah saw. Jawab beliau: Hal itu adalah suatu kelapangan dari Allah yang dikurniakanNya kepada mu. Maka terimalah kemurahanNya itu." |