Hadis Sahih Bukhari No. 0647 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 647. Abu Dzar mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Seseorang datang kepada ku dari Tuhan ku membawa berita (mungkin katanya: membawa berita gembira): "Sesungguhnya, barangsiapa di antara umat ku yang mati, sedangkan dia tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, orang itu masuk syurga." Aku bertanya: "Sekalipun orang itu berzina dan mencuri?" Jawab Nabi, "Ya, sekalipun dia berzina dan mencuri." |