Hadis Sahih Bukhari No. 0645 Jilid 2 Topik adalah Solat 645. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kami solat Zohor (atau mungkin Asar) bersama-sama dengan Nabi saw. Setelah selesai solat, Dzulyadain bertanya kepada beliau, "Kurangkah solat ya, Rasulullah?" Beliau pun bertanya pula kepada jemaah, "Betulkah apa yang ditanyakannya itu?" Jawab Jemaah, "Benar!" Lalu Nabi saw. solat lagi dua rakaat, sesudah itu sujud (sahwi) dua kali." |