Hadis Sahih Bukhari No. 0642 Jilid 2 Topik adalah Solat 642. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: " Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila Muadzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula, apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang pula kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya, "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi telah berapa rakaat dia solat." |