Hadis Sahih Bukhari No. 0639 Jilid 2 Topik adalah Solat 639. Dari Jabir r.a.. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengutus ku untuk suatu keperluan, lalu saya pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada beliau. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi beliau tidak menjawab. Oleh kerana itu timbul dugaan di hatiku, Allah sajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diri ku, "Barangkali Rasulullah saw. marah kepada ku kerana aku datang terlambat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun beliau tidak menjawab juga. Prasangka di hatiku bertambah dari semula. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu beliau menjawab salamku itu. Sabda beliau, "Aku terhalang menjawab salammu, kerana aku sedang solat." Waktu itu beliau solat di atas kenderaan, tidak menghadap kiblat." |