Hadis Sahih Bukhari No. 0637 Jilid 2 Topik adalah Solat 637. Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Bahawasanya Nabi saw. pernah melihat kahak di kiblat masjid. Nabi marah kepada orang-orang yang ada di dalam masjid. Sabda beliau: "Sesungguhnya Allah berada di hadapan mu masing-masing. Maka apabila kamu sedang solat, janganlah meludah atau mengahak ke hadapan mu." Kemudian beliau menunduk membersihkan sendiri kahak itu." |