Hadis Sahih Muslim No. 0634 Jilid 2 Topik adalah Solat 634. Dari Malik bin Huwairits r.a., katanya: "Kami datang kepada Rasulullah saw., sedangkan kami adalah pemuda-pemuda yang hampir sebaya semuanya. Kami menetap di samping Rasulullah saw. selama dua puluh malam. Beliau seorang yang penyantun dan lemah lembut. Mungkin beliau menyangka, kami sudah merindukan keluarga kami, lalu beliau bertanya tentang keluarga kami itu. Setelah kami jelaskan, maka beliau menyuruh kami pulang. Sabda beliau, "Pulanglah kepada keluargamu masing-masing. Tetaplah di samping mereka, ajarilah mereka dan suruhlah mereka solat. Apabila waktu solat telah tiba, maka azanlah salah seorang kamu, kemudian jadikan imam yang tertua di antara kamu." |