Hadis Sahih Bukhari No. 0633 Jilid 2 Topik adalah Solat 633. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. menceritakan seorang ibu memanggil anaknya yang sedang solat. Kata ibu itu, "Hai, Juraij!" Lalu Juraij mohon kepada Allah, "Wahai, Allah! Ibu ku (memanggil ku), dan aku (sedang menunaikan) solat ku. (Apakah yang harus ku perbuat?)" Ibu itu memanggil pula, "Ya.Juraij!" Kata Juraij, "Wahai, Allah! Ibu ku kah atau solat ku kah?" Kata si Ibu pula, "Wahai, Allah! Semoga Juraij tidak mati sebelum dia melihat muka perempuan lacur lebih dahulu."Pada suatu ketika datang seorang wanita lacur penggembala ke tempat peribadatannya, lalu ia melahirkan. Ketika ditanya, "Anak siapa ini?" Wanita itu menjawab, "Anak si Juraij, dan dia keluar dari tempat peribadatannya. " Kata Juraij, "Mana itu wanita yang mengatakan anaknya adalah dari ku?" (Sementara itu bayi wanita tadi dibawa orang kepada Juraij). Kata Juraij, "Hai Bayi! Siapa bapa mu ?" Jawabnya, "Seorang gembala kambing." |