Hadis Sahih Muslim No. 0630 Jilid 2 Topik adalah Solat 630. Dari Simak bin Harb, dia bertanya kepada Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Pernahkah anda duduk bersama-sama Rasulullah saw"?" Jawab Jabir, "Ya, seringkali! Sesudah solat Subuh, beliau belum berdiri dari tempatnya solat hingga matahari terbit. Apabila matahari telah terbit, barulah beliau berdiri. Sedangkan para sahabat bercakap-cakap sesama mereka, memperkatakan urusan mereka semasa jahiliyah, lalu mereka tertawa, dan Nabi saw. ikut tersenyum." |