Hadis Sahih Bukhari No. 0628 Jilid 2 Topik adalah Solat 628. Dari Abdullah r.a., katanya: "Kami memberi salam kepada Nabi saw. ketika beliau sedang solat, dan beliau menjawab salam kami itu. Tatkala kami kembali dari Najasyi (penguasa Ethiopia), kami pun memberi salam kepada beliau tetapi beliau tidak menjawab." Kemudian beliau bersabda, "Sesungguhnya orang yang sedang solat itu sedang melakukan sesuatu yang penting." |