Hadis Sahih Bukhari No. 0625 Jilid 2 Topik adalah Solat 625. Diceritakan oleh Nafi', bahawa sesungguhnya Ibnu Umar r.a. tidak pernah melakukan solat dhuha, melainkan hanya dua kali. Yaitu: 1. Ketika beliau tiba di Mekah, kerana beliau tiba pada waktu dhuha. Lalu beliau tawaf, kemudian solat dua rakaat di belakang Maqam (Ibrahim). 2. Pada hari beliau mengunjungi Masjid Quba. Biasanya beliau berkunjung ke sana setiap hari Sabtu. Setiba di situ beliau terus masuk ke masjid dan solat dua rakaat sesudah itu beliau keluar. Nafi' menambahkan, bahawa Ibnu Umar bercerita: "Sesungguhnya Nabi saw. mengunjungi masjid Quba itu kadang-kadang dengan menunggang kuda dan kadang-kadang berjalan kaki. Kata "Nafi pula meneruskan, Ibnu Umar berkata. "Sesungguhnya aku hanya berbuat sebagaimana yang pernah kulihat sahabat-sahabatku memperbuatnya. Dan aku tidak melarang orang untuk mengerjakan solat bila saja ia kehendaki. malam atau pun siang, asal saja jangan disengaja melakukannya pada waktu matahari terbit atau terbenam." |