Hadis Sahih Muslim No. 0619 Jilid 2 Topik adalah Solat 619. Dari Tsabit r.a., dari Anas bin Malik, katanya: "Nabi saw. datang ke rumah kami, sedangkan di rumah yang ada hanya aku, ibu ku, dan bibiku. Kata beliau, "Berdirilah! Aku hendak mengimami ,anda solat bukan solat wajib" Lalu beliau solat berjemaah dengan kami. Seorang lelaki bertanya kepada Tsabit, "Ketika itu di mana Anas berdiri?" Jawab Tsabit, "Di sebelah kanan Rasulullah saw." Kata Anas, "Setelah selesai solat, beliau mendoakan kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat bagi kami seisi rumah." Kemudian ibu ku berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Doakan pulalah pelayan kecil anda ini! (maksudnya Anas yang ketika itu masih anak-anak)." Lalu beliau mendoakan bagi ku kebaikan dunia dan akhirat. Akhir doa beliau itu ialah: "Allahumma aktsir maalahu wa walauahu, wa harik lahu fihiri. |