Hadis Sahih Muslim No. 0614 Jilid 2 Topik adalah Solat 614. Dari 'Abdur Rahman Ibnu Abi 'Amrah r.a., katanya: "Pada suatu ketika 'Usman bin 'Affan masuk ke masjid sesudah solat Maghrib, lalu dia duduk sendirian. Kerana itu aku duduk dekatnya. Katanya, "Mai, anak saudaraku! Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang solat Isyak berjemaah, nilainya sama dengan solat seperdua malam. Dan siapa yang solat Subuh berjemaah, nilainya sama dengan solat sepanjang malam." |