Hadis Sahih Muslim No. 0612 Jilid 2 Topik adalah Solat 612. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Menurut pengamatan kami, tidak ada orang yang tertinggal solat berjemaah, kecuali orang munafik yang jelas nifaknya, atau orang sakit yang apabila pergi solat harus dipapah oleh dua orang ke tempat solat. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah mengajarkan ajaran-ajaran agama (sunanal huda). Di antara ajaran agama itu ialah solat berjemaah ke masjid, bila mendengar azan." |