Hadis Sahih Muslim No. 0611 Jilid 2 Topik adalah Solat 611. Dari Abu Hurairah r.a., katanya seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Aku ini buta. Tidak ada orang yang akan menuntun ku pergi ke masjid (untuk solat berjemaah).Lalu dia minta agar Nabi saw. membolehkannya solat di rumahnya. Mula-mula Nabi saw. membolehkannya. Tetapi setelah orang itu pergi belum begitu jauh, dia dipanggil beliau kembali, seraya bertanya, "Adakah azan solat terdengar sampai ke rumah anda?" Jawab orang buta itu, "Terdengar, ya Rasulullah!" Sabda Nabi saw., "Kalau begitu, penuhilah panggilan azan itu!" |