Hadis Sahih Muslim No. 0609 Jilid 2 Topik adalah Solat 609. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. melihat amat sedikit orang solat berjemaah. Kerana itu beliau bersabda: "Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang mengimami solat berjemaah (menggantikan ku), kemudian aku pergi mencari orang-orang yang tidak datang berjemaah, sesudah itu ku suruh bakar rumah-rumah mereka dengan ikatan-ikatan kayu bakar. Kalaulah mereka tahu betapa besarnya pahala yang akan mereka peroleh, nescaya mereka akan mendatanginya." |