Hadis Sahih Bukhari No. 0608 Jilid 2 Topik adalah Solat 608. Dari Abdullah bin 'Amru r.a., katanya Nabi saw. bersabda kepadanya: "Diceritakan orang kepada ku, bahawa engkau selalu bangun solat malam dan berpuasa terus setiap hari." Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah! Aku melakukannya." Sabda Nabi, "Kalau memang begitu, matamu akan cekung dan diri mu akan lemah. Sesungguhnya diri mu mempunyai hak dan keluargamu mempunyai hak. Kerana itu puasalah dan berbukalah, bangunlah untuk solat dan tidurlah." |