Hadis Sahih Bukhari No. 0606 Jilid 2 Topik adalah Solat 606. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu kali Nabi saw. masuk ke masjid, kebetulan di situ ada tali terbentang antara dua tiang. Nabi bertanya: "Tali apa ini?" Jawab mereka (para sahabat): "Itu tali kepunyaan Zainab. Apabila ia merasa lelah ia berpegang di tali itu." Sabda Nabi, "Jangan! Itu tidak boleh! Bukalah tali itu! Solatlah kamu sesuai dengan kesanggupanmu. Apabila kamu telah lelah maka duduklah." |