Hadis Sahih Bukhari No. 0605 Jilid 2 Topik adalah Solat 605. Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi saw. pernah bersabda kepada Bilal pada waktu Subuh, sabdanya: "Hai, Bilal! Cuba ceritakan kepada ku amal apa yang paling kamu sukai dalam Islam. Kerana aku mendengar bunyi terompahmu di hadapanku nanti di syurga." Jawab Bilal, "Tidak ada amal yang paling ku sukai melainkan apabila aku telah berwuduk siang ataupun malam, maka aku solat dengan wuduk itu, seperti telah ditetapkan untukku." |