Hadis Sahih Bukhari No. 0604 Jilid 2 Topik adalah Solat 604. Dari Abu Salamah bin Abdurrahman r.a., ia bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang bagaimana caranya Nabi saw. solat pada bulan Ramadhan. Jawab 'Aisyah, "Rasulullah tidak pernah menambah solatnya di bulan Ramadhan dan tidak pula di bulan lainnya, atas sebelas rakaat. Mula-mula beliau solat empat rakaat, tetapi janganlah ditanya tentang kebagusan panjangnya solat beliau itu. Kemudian beliau solat empat rakaat lagi, dan janganlah ditanya pula bagaimana bagus dan lamanya. Kemudian beliau solat tiga rakaat. Kata 'Aisyah, aku bertanya kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah! Apakah Tuan tidur sebelum solat Witir?" Jawab Nabi saw., "Wahai, 'Aisyah! Hanya mata ku saja yang tidur, tetapi hatiku tidak." |