Hadis Sahih Muslim No. 0603 Jilid 1 Topik adalah Solat 603. Dari Abu Barzah Al Aslami r.a., katanya: "Rasulullah saw. biasa mengundurkan solat Isyak hingga sepertiga malam, dan beliau tidak suka tidur sebelumnya dan bercakap-cakap sesudahnya. Dalam solat Subuh, beliau baca kira-kira seratus atau enam puluh ayat, dan kami selesai solat ketika masing-masing kami telah mengenali wajah yang satu dengan yang lain." |