Hadis Sahih Bukhari No. 0603 Jilid 2 Topik adalah Solat 603. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahawa dia ditanya orang mengenai solat Rasulullah saw. di waktu malam. Jawab 'Aisyah, "Beliau tidur pada awal malam dan bangun pada akhirnya, lalu beliau solat. Kemudian beliau kembali pula ke tempat tidurnya. Maka apabila muadzin telah azan (untuk solat Subuh), beliau bangun. Kalau memang perlu, beliau mandi lebih dahulu, jika tidak, beliau mengambil wuduk saja, kemudian beliau pergi solat ke masjid." |