Hadis Sahih Muslim No. 0602 Jilid 1 Topik adalah Solat 602. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat Zohor setelah gelincir matahari. Solat Asar ketika matahari masih bersih (belum berubah warnanya). Solat Maghrib apabila matahari sudah terbenam. Solat Isyak kadang-kadang diundurkannya dan kadang-kadang disegerakannya. Apabila dilihatnya jemaah telah berkumpul, disegerakannya dan apabila mereka lambat berkumpul, diundurkannya. Dan beliau solat Subuh ketika hari masih gelap." |