Hadis Sahih Muslim No. 0599 Jilid 1 Topik adalah Solat 599. Dari Abu Musa r.a., katanya: Aku dan para sahabat yang serombongan dengan ku dalam suatu perjalanan, berhenti di lembah Baqi'. Sedangkan ketika itu Rasulullah saw. berada di Madinah. Kerana itu bergilir beberapa orang menggantikan Rasulullah saw. jadi imam ketika itu untuk solat Isyak setiap malam. Ketika Rasulullah saw. mengunjungi kami, beliau sedang sibuk dengan urusannya sehingga terlambat solat Isyak sampai larut malam. Kemudian beliau keluar dan solat bersama-sama dengan mereka. Setelah selesai solat beliau bersabda kepada yang hadir, "Perhatikanlah! Aku beritahukan dan aku gembirakan anda semua! Sesungguhnya adalah suatu kurnia Allah kepada anda semua, kerana tidak ada orang solat pada saat seperti ini selain anda semua." Sesudah itu kami pulang dengan gembira, setelah mendengar sabda Rasulullah saw. tersebut. |