Hadis Sahih Muslim No. 0598 Jilid 1 Topik adalah Solat 598. Dari Tsabit r.a, katanya jemaah bertanya kepada Anas tentang cincin Rasulullah saw. Kata Anas, "Pada suatu malam Rasulullah saw. mengundurkan solat Isyak hingga seperdua malam atau lebih. Sesudah itu barulah Nabi saw. solat. Beliau bersabda, "Orang-orang sudah solat dan mereka sudah tidur. Tetapi anda semua sentiasa seperti berada dalam solat selama anda dalam menunggu-nunggu waktu solat." Kata Anas, "Seolah-olah masih kelihatan oleh ku bagaimana berkilaunya cincin Nabi saw. yang dibuat dari Perak sambil ia mengangkat jari manisnya yang kiri." |