Hadis Sahih Bukhari No. 0598 Jilid 2 Topik adalah Solat 598. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. pernah tidak berpuasa selama sebulan, sehingga kami mengira Nabi saw. tidak dibolehkan puasa bulan itu. Begitu pula, beliau pernah berpuasa selama sebulan, hingga kami mengira bahawa Nabi tidak boleh berbuka bulan itu. Dan jika kamu ingin melihatnya solat tengah malam, kamu akan dapat melihatnya, dan jika kamu ingin melihatnya tidur, kamu juga boleh melihatnya." |