Hadis Sahih Muslim No. 0595 Jilid 1 Topik adalah Solat 595. Dari 'Urwah bin Zubair r.a., katanya 'Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita: "Pada suatu malam Rasulullah saw. mengundur solat Isyak sampai jauh malam, sehingga dikatakan orang solat tengah malam. Rasulullah belum juga keluar, sehingga 'Umar bin Khaththab berkata: "Para wanita dan anak-anak sudah tidur." Maka barulah beliau keluar. Setelah keluar, beliau bersabda kepada jemaah dalam masjid, "Tiada seorang pun penduduk bumi yang menunggu-nunggu waktu solat selain anda sekalian." Peristiwa itu terjadi sebelum Islam tersiar luas. |