Hadis Sahih Muslim No. 0591 Jilid 1 Topik adalah Solat 591. Dari Jarir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, kami duduk-duduk dekat Rasulullah saw. Tiba-tiba beliau menengok ke bulan purnama, lalu beliau bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan mu kelak seperti melihat bulan purnama ini, tanpa ada yang menghalangi untuk melihatnya. Kerana itu janganlah kamu lalaikan solat sebelum matahari terbit (solat Subuh) dan solat sebelum matahari terbenam (Asar). Kemudian Jarir membacakan ayat: "Wasabbih bihamdi rabbika qabla thulu'isy syamsi wa ghurubiha." (Thaha:130) |