Hadis Sahih Bukhari No. 0591 Jilid 2 Topik adalah Solat 591. Diceritakan dari Anas r.a. bahawasanya Nabi saw. dan Zaid bin Tsabit, kedua-duanya makan sahur bersama-sama. Maka tatkala kedua-duanya telah sahur, Nabi saw. berdiri hendak solat dan beliau melakukannya. Ditanya orang Anas, "Berapa lamanya antara keduanya selesai sahur dengan solat?" Jawab Anas, "Kira-kira selama membaca lima puluh ayat." |