Hadis Sahih Muslim No. 0590 Jilid 1 Topik adalah Solat 590. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: '"Para malaikat malam dan malaikat siang selalu bergantian mendatangi kamu, dan mereka berkumpul ketika solat Subuh dan solat Asar. Kemudian malaikat malam naik ke langit, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka, padahal Allah Maha tahu - Bagaimana keadaan hamba-hambaKu kamu tinggalkan?" Jawab mereka, "Kami tinggalkan mereka sedang solat, dan kami datangi mereka juga sedang solat." |