Hadis Sahih Muslim No. 0589 Jilid 1 Topik adalah Solat 589. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Ketika terjadi perang Khandaq, 'Umar bin Khaththab memaki-maki kafir Quraisy dan berkata : Ya, Rasulullah! Hampir saja aku luput solat Asar, sehingga matahari hampir terbenam." Maka bersabda Rasulullah saw., "Demi Allah! Aku juga belum solat Asar." Lalu kami turun ke telaga. Rasulullah saw. segera mengambil wuduk dan kami mengambil wuduk pula. Ketika itu Rasulullah saw. solat Asar setelah matahari terbenam, sesudah itu beliau langsung solat Maghrib." |