Hadis Sahih Bukhari No. 0587 Jilid 2 Topik adalah Solat 587. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahawa pada suatu malam Rasulullah saw. berada di masjid. Beliau solat, maka orang banyak mengikuti pula beliau solat. Malam berikutnya Nabi saw. solat pula. Orang yang mengikutnya pun bertambah banyak. Pada malam ketiga atau mungkin malam keempat orang semakin banyak berkumpul, tetapi Nabi saw. tidak datang. Esok pagi Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya aku telah tahu apa yang kamu lakukan. Tidak sesuatu pun yang melarang ku untuk keluar untuk solat malam bersama-sama kamu sekalian. Hanya aku khuatir kalau-kalau perbuatan itu menjadi wajib atasmu." Peristiwa itu terjadi di bulan Ramadhan. |