Hadis Sahih Bukhari No. 0586 Jilid 2 Topik adalah Solat 586. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Jika ada Rasulullah saw. meninggalkan sesuatu amal, sedangkan beliau sendiri suka untuk mengerjakan amal itu, hal itu adalah disebabkan, kerana beliau takut orang banyak akan mengamalkannya pula, lalu mereka menganggap amal itu wajib bagi mereka. Nabi saw. tidak pernah solat dhuha, tetapi aku melakukannya." |