Hadis Sahih Bukhari No. 0585 Jilid 2 Topik adalah Solat 585. Diceritakan dari Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa pada suatu malam Nabi saw. mengetuk pintu rumahnya bersama Fatimah binti Rasulullah saw. Sabda beliau saw.: ."Kenapa kalian , tidak solat?" Jawab Ali, "Ya, Rasulullah ! Diri kami tangan Allah. Apabila Dia menghendaki kami bangun, kami akan bangun." Mendengar jawapan itu beliau berpaling tanpa mengucapkan sepatah kata pun kepada ku. Tetapi kemudian aku mendengar beliau memukul pahanya sendiri, dan berkata: "Wa kaanal insaanu aktsara syar-in jadalaa." (Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah). |