Hadis Sahih Muslim No. 0582 Jilid 1 Topik adalah Solat 582. Dari Abu Umamah bin Sahal katanya: "Kami solat Zohor berjemaah bersama-sama dengan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz. Setelah selesai solat kami pergi ke rumah Anas bin Malik, kami dapati dia sedang solat Asar. Aku bertanya, "Pakcik baru selesai solat apa?" Jawabnya, "Solat Asar. Beginilah solat Rasulullah saw. yang sentiasa kami lakukan bersama-sama dengan beliau (iaitu pada awal waktu)." |