Hadis Sahih Bukhari No. 0581 Jilid 2 Topik adalah Solat 581. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. bangun tengah malam hendak solat tahajjud, beliau membaca "Allahumma lakal hamdu anta qayyimus samaawaati wal ardhi waman fiihinna. walakal hamdu mulkus samaawaati wal ardhi waman fiihinna, walakal hamdu nurus samaawati wal ardhi. walakal hamdu antal haqqu wa wa'dukal haqqu wa liqaauka haqqun wa qawluka haqqun wal jannatu haqqun wan naaru haqqun wan nabiyyuna haqqun wa Muhammadun shallallaahu 'alaihi wa sallama haqqun, was saa'atu haqqun. "Allhumma laka aslamtu wa bika aamantu wa 'alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wa bika khaashamtu wa ifaika haa kamtu. faghfirli maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a'lantu antal muqaddimu wa antal muakh-khiru laa ilaaha illaa anta (atau: laa ilaaha ghairuka) wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah. " (Wahai, Allah! UntukMulah segala puji. Engkau penanggung langit dan bumi beserta isinya. Untuk-Mulah segala puji. Penguasa langit dan bumi dan segala isinya. UntukMulah segala puji Cahaya langit dan bumi. Untuk-Mulah segala puji. Engkau Maha Benar, janji-Mu maha benar, menemui Engkau (di akhirat) maha benar, firman-Mu maha benar, syurga maha benar, neraka maha benar, para Nabi maha benar, dan Muhammad; shallallaahu 'alaihi wasallam maha benar, dan hari kiamat maha benar. Wahai, Allah! Saya pasrah kepadaMu, dan dengan Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerah, dan kepada Engkau aku kembali, dan kerana (mempertahankan agama) Engkau aku bermusuhan, dan kepada Engkau aku meminta hukum. kerana itu ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan yang terakhir, ampunilah apa yang ku rahsiakan mahupun yang ku nyatakan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengemudiankan; tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau, dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan di tangan Engkau). |