Hadis Sahih Bukhari No. 0580 Jilid 2 Topik adalah Solat 580. Diceritakan dari 'Aisyah, bahawasanya Rasulullah saw. solat sambil duduk, maka beliau membaca sambil duduk. Apabila bacaannya tinggal kira-kira tiga puluh atau empat puluh ayat beliau berdiri dan meneruskan bacaannya sambil berdiri, kemudian beliau rukuk dan sesudah itu sujud. Pada kedua beliau melakukannya seperti itu juga. Apabila beliau telah selesai solat, beliau melihat kepadaku; jika aku masih bangun beliau bercakap cakap dengan ku, dan apabila aku telah tidur, beliau pun berbaring pula." |