Hadis Sahih Bukhari No. 0577 Jilid 2 Topik adalah Solat 577. Dari 'Imran, katanya: "Aku bertanya kepada Nabi saw. perihal orang yang solat duduk." Jawab beliau, "Orang yang solat berdiri, itulah yang paling utama. Dan orang yang solat duduk, maka pahalanya seperdua pahala solat berdiri. Dan orang yang solat tidur, maka pahalanya seperdua pahala orang yang solat duduk." |