Hadis Sahih Bukhari No. 0576 Jilid 2 Topik adalah Solat 576. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. jatuh dari kuda dan luka di sebelah kanan. kerana itu kami pergi mengunjungi beliau. Ketika waktu solat tiba, beliau solat sambil duduk, maka kami pun solat pula sambil duduk. Setelah selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia takbir, maka takbir pulalah kamu. Apabila dia rukuk, maka rukuk pulalah kamu. Dan apabila dia mengangkat kepala maka angkat pula kepalamu. Dan apabila dia membaca: Sami'allaahu liman hamidah, maka bacalah: Rabbana wa lakal hamdu." |