Hadis Sahih Muslim No. 0575 Jilid 1 Topik adalah Solat 575. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila hari sangat panas, maka undurkanlah solat hingga agak dingin, kerana panas yang bersangatan itu adalah wap dari api neraka. Kemudian beliau mengatakan, bahawa api neraka mengadu kepada Tuhannya supaya ia dibolehkan bernafas dua kali dalam setahun; satu kali dalam musim dingin dan satu kali dalam musim panas." |